UCYP sekali lagi diberi kepercayaan bagi penganjuran Pahang International Tourism Symposium 2022 buat kali kedua oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama rakan strategik Tourism Pahang. Bertemakan Green Tourism & Sustainability Strategies, program ini merupakan cetusan dari Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Pertanian dan Komoditi negeri Pahang yang komited dalam memastikan pembangunan dan kelestarian sektor pelancongan dan alam sekitar di negeri Pahang khususnya dalam mendepani cabaran ekonomi, sosial dan global.

Simposium yang diadakan pada 10 Mac 2022 melalui platform ZOOM ini, telah berjaya menerima 221 penyertaan dari pelbagai negara, agensi dan institusi pengajian tinggi. UCYP memilih kaedah penganjuran secara atas talian yang lebih efektif dalam situasi kini ekoran penularan wabak Covid-19. Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Pertanian dan Komoditi Pahang turut dihadiri oleh tetamu dari dalam dan luar negara. Menerusi ucapan pembukaan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Pertanian dan Komoditi negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang sangat komited dalam menyokong agenda global seperti yang diusulkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan Sustainable Development Goals (SDGs). Beliau sangat menggalakkan para pengusaha hotel dan pusat peranginan untuk mengguna pakai Konsep Go Green selaku pemain industri pelancongan yang utama, demi kelestarian alam sekitar di samping merancakkan kembali aktiviti industri tersebut.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin selaku penasihat PITS 2022 berkata, industri pelancongan tidak hanya tertumpu kepada keindahan destinasi atau tempat pelancongan yang bersejarah namun usaha strategik perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar dan budaya demi generasi akan datang. Sebagaimana tema yang dibawa dalam simposium kali ini, UCYP turut berganding bahu dengan Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Pertanian dan Komoditi Pahang bagi menangani fenomena perubahan iklim yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap kitaran ekosistem. Peningkatan isu berkenaan, akan turut memberi impak terhadap kemajuan serta pembangunan terutamanya, sektor pelancongan negara dan dunia. Sehubungan itu, tema ini dipilih kerana kesan ekologinya yang rendah dapat mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Secara tidak langsung, konsep ini akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dari segi kualiti udara yang lebih baik, bekalan air bersih dan selamat serta kaedah pertanian yang lebih mampan.

Simposium ini berjaya mengumpulkan 11 orang penceramah dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, Pakistan, India dan Emiriah Arab Bersatu. Perkongsian dari panel dengan kepakaran berbeza dalam bidang pelancongan khususnya dalam aspek Green Tourism memberi kelebihan kepada penganjur kerana berupaya membuka perspektif yang lebih luas dalam pelaksanaan konsep Green Tourism yang dipraktikkan di dalam dan luar negara.

Dalam simposium kali ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai input, dapatan, perkongsian pengalaman, isu, cabaran serta strategi yang boleh dipertimbangkan dalam pelaksanaan Green Tourism. Antara intipati dan aspek yang dibentangkan adalah senario semasa industri pelancongan Malaysia serta negara-negara lain seperti Vietnam dan Filipina. Dato’ Dr Amar, Encik Uzaidi, Prof. Madya Dr. Pham dan Prof. Madya Hilda berkongsi statistik dan unjuran bilangan pelancong domestik dan antarabangsa, kadar pengangguran yang agak membimbangkan, kemerosotan industri pelancongan serta interpretasi mengikut kepakaran masing-masing serta strategi yang boleh digunapakai.

Seterusnya, pengenalan tentang konsep Green Tourism dan Ecotourism turut dikongsi oleh Dr. Roslizawati (Malaysia), Dr Ahmad Al-Jumah (UAE) dan Dr. Ricky (Indonesia). Mereka bersependapat bahawa konsep yang diketengahkan iaitu Green Tourism dan Ecotourism dapat meninggalkan kesan (negatif) ekologi yang minimum terhadap alam sekitar malah dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi domestik dan seterusnya mampu mengekalkan kelestarian ekosistem. Selain itu, menurut Profesor Dr. Dileep Kumar, konsep Green Tourism mempunyai persepsi yang berbeza di kalangan kelompok masyarakat Hindu di India berbanding komuniti Barat, yang mana mereka lebih cenderung menghargai konsep pemeliharaan ekosistem semulajadi. Selain itu, Profesor Madya Dr. Abdul Wahab turut berkongsi pandangan di mana pemain industri pelancongan seperti perhotelan dan industri makanan (restoran/cafe) yang diakronimkan sebagai HORECA, adalah paling terjejas. Menurut beliau situasi tersebut mampu di atasi sekiranya sesebuah negara dapat menyediakan kemudahan seperti capaian internet yang baik, kemudahan awam dan infra yang lengkap. Oleh itu, cadangan dan strategi promosi bagi aktiviti untuk pakej destinasi Green Tourism membantu dalam perancangan pengamal industri pelancongan selain dapat meningkatkan impak terhadap produk, khidmat dan kualiti sektor pelancongan. Garis panduan dan input berguna ini telah dikongsi oleh para penceramah dari Malaysia Tourism Council serta Malaysia Tourism Promotion Board.

Perkongsian pengalaman dalam menghadapi cabaran dalam usaha memastikan kelestarian destinasi pelancongan seperti yang dialami di Kelantan, Filipina dan Vietnam membuka mata dan minda betapa alam sekitar perlu dipelihara demi keseimbangan ekosistem dunia dan masa depan semua. Hasil dapatan kajian turut dikongsi oleh Dr Akhmad Fitri Hadi dalam usaha pengurusan hutan bagi sektor pelancongan. Di samping itu, panel dari Medan, Indonesia, Prof. Dr Wayan berkongsi tentang konsep Sad Kirti dan Tri Hita Karana yang telah diamalkan oleh masyarakat Bali mengikut kepercayaan dan budaya mereka demi keharmornian manusia dan alam semesta.

Diharapkan perkongsian ini mampu membuka ruang kepada pemain dan pengamal industri pelancongan, pemegang taruh, para penyelidik serta masyarakat dunia memainkan peranan masing-masing demi kelestarian alam sekitar dan kesinambungan industri pelancongan domestik dan antarabangsa.

 

Ditulis oleh: Farah Hariaty Shukri

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17097″ img_size=”full”]

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Pertanian dan Komoditi Pahang

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17091″ img_size=”full”]

Ucapan aluan dari Penasihat PITS 2022 yang juga merupakan Naib Canselor UCYP,

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17088″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17110″ img_size=”full”]

Sesi fotografi bersama sebahagian penceramah dan peserta

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17113″ img_size=”full”]

Perkongsian bersama Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar, Pengarah Kanan,

Malaysia Tourism Promotion Board

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17063″ img_size=”full”]

Perkongsian bersama Presiden Malaysia Tourism Council, Encik Uzaidi Udanis

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17075″ img_size=”full”]

Profesor Madya Dr. Pham Hong Long dari Vietnam membentangkan dapatan kajian beliau berkaitan COVID-19 and the trend of ecotourism development in protected areas

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17072″ img_size=”full”]

Prof. Dr. I Wayan Dirgayasa, M.Hum. membincangkan tajuk The Implementation of Sad Kerti and Tri Hita Karana Concepts for Sustainable Eco-Tourism: A Best Practice from Bali Local Wisdom Indonesia

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17080″ img_size=”full”]

Perbincangan bersama Prof. Dr. Dileep Kumar M., Pro Naib Canselor, GNS University India

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”17060″ img_size=”full”]

Perkongsian bersama Profesor Madya Hilda Raysag dari Filipina

[vc_empty_space height=”40px”]