4 Julai 2O21 – Satu mesyuarat antara UCYP dan rakan strategik iaitu Education Malaysia Beijing dan Malaysia Alumni Council of China (MACC) telah diadakan secara atas talian pada 3 Julai 2021.
Mesyuarat yang dijalankan selama dua (2) jam tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin, En. Abdul Aziz How Abdullah, Pengarah Education Malaysia Beijing di China, En. Wang Ji, Pengerusi Malaysia Alumni Council of China (MACC) dan Ts. Jason Choy Min Sheng Education Attaché (promosi) Education Malaysia Beijing, para pengetua sekolah dari daerah Anhui, Henan, Jiangxi dan wilayah Beijing serta pengurusan tertinggi UCYP.
Mesyuarat tersebut merupakan kesinambungan daripada kerjasama antara UCYP dan MACC yang telah terjalin pada sesi lawatan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin pada Disember 2019 lalu.
Dalam mesyuarat tersebut, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin menyatakan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Education Malaysia Beijing, En. Abdul Aziz How Abdullah kerana sentiasa memberikan sokongan penuh kepada UCYP untuk terus dikenali di negara China.
“Matlamat mesyuarat ini adalah sebagai pelan pengukuhan jenama pendidikan UCYP bersama rakan strategik UCYP bersama Education Malaysia Beijing, malah program ini turut bertujuan mendapatkan bantuan dan sokongan untuk membawa masuk lebih ramai pelajar berpotensi bagi melanjutkan pengajian di UCYP”, katanya ketika memberi ucapan dalam majlis berkenaan.
Menurut En. Abdul Aziz How Abdullah, UCYP kini menjadi antara pilihan warga China untuk menyambung pengajian. dan beliau turut melahirkan rasa bangga apabila sembilan (9) orang daripada 30 orang pelajar negara ini telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik.
Tambah En. Abdul Aziz How Abdullah lagi, beliau kagum dengan UCYP atas inisiatif pengenalan kepada 10 elemen Kecemerlangan Operasi Pendidikan (Education Operational Excellence) yang telah diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin pada Jun lalu.
Mesyuarat UCYP bersama rakan strategik berlangsung secara dalam talian yang dihadiri oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin, En. Abdul Aziz How Abdullah, Pengarah Education Malaysia Beijing di China, En. Wang Ji, Pengerusi Malaysia Alumni Council of China (MACC) dan, Ts. Jason Choy Min Sheng Education Attache (promosi) Education Malaysia Beijing, para pengetua sekolah dari daerah Anhui, Henan, Jiangxi dan wilayah Beijing serta pengurusan tertinggi UCYP.