Majlis Penutup 2025 Creativity Olympiad: Destination Imagination Korea Finals & Asia Invitational telah berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang 20 Februari 2025. Pertandingan yang bermula dari 17 hingga 20 Februari 2025 ini menandakan kemuncak kepada pertandingan berprestij yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara Asia dalam usaha mengasah kreativiti, inovasi dan kemahiran penyelesaian masalah.

Pertandingan ini dianjurkan oleh JD Global Edu Incorporated dengan kerjasama UTOS EDU dan Accurate Travel, serta mendapat sokongan daripada Korean Association of School Inventors (KASI) dan UCYP University sebagai tuan rumah. Dengan penyertaan seramai 80 pelajar dari Korea Selatan, Malaysia dan Vietnam, pertandingan ini menjadi platform penting dalam membentuk pemimpin masa depan yang berdaya saing dalam dunia inovasi.

Pertandingan ini diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Menerusi ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas kreativiti yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Beliau turut mengiktiraf peranan UCYP University sebagai tuan rumah bersama yang komited dalam memajukan bidang pendidikan dan inovasi di peringkat global.

Lebih membanggakan, pasukan Thunder Squad dari UCYP University telah berjaya meraih gelaran juara bagi Challenge D (Kategori Universiti). Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar UCYP University bukan sahaja memiliki daya kreativiti yang tinggi, tetapi juga kemahiran menyelesaikan masalah secara inovatif dalam suasana pertandingan yang kompetitif.

Selain itu, delegasi dari Korea Selatan turut berpeluang menerokai keindahan dan keunikan negeri Pahang. Sepanjang berada di sini, mereka diperkenalkan dengan kepelbagaian budaya, keindahan alam semula jadi serta layanan mesra masyarakat setempat. Pengalaman ini bukan sahaja memberi perspektif baharu kepada peserta, malah menjadi pemangkin kepada kerjasama global yang lebih dinamik melalui integrasi budaya dan pendidikan merentas sempadan.

Kejayaan 2025 Creativity Olympiad sekali lagi membuktikan peranan UCYP University dalam melahirkan generasi muda yang kreatif, inovatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Acara ini juga selari dengan aspirasi Pahang untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan inovasi. Sebagai penutup pertandingan ini, para peserta bukan sahaja membawa pulang kejayaan dan pengiktirafan, tetapi juga pengalaman berharga yang bakal menjadi inspirasi dalam perkembangan intelektual dan kerjaya mereka. Dengan semangat inovasi dan kecemerlangan yang terus dipupuk, UCYP University akan terus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pemimpin yang berwawasan dan berdaya saing di peringkat global.

[vc_single_image image=”25561″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25564″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25567″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25570″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25573″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25576″ img_size=”full”]

Sesi pembukaan 2025 Creativity Olympiad:

Destination Imagination Korea Finals & Asia Invitational di UCYP University

[vc_single_image image=”25579″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25582″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25585″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25588″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25591″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25594″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25597″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25600″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25603″ img_size=”full”]

Sekitar Majlis Penutup 2025 Creativity Olympiad: Destination Imagination Korea Finals & Asia Invitational

[vc_single_image image=”25606″ img_size=”full” alignment=”center”]

Momen bersama para pemenang  2025 Creativity Olympiad:

Destination Imagination Korea Finals & Asia Invitational

[vc_single_image image=”25609″ img_size=”full”]

Thunder Squad dari UCYP University telah berjaya meraih gelaran juara bagi Challenge D (Kategori Universiti)