Pada 24 Januari 2024, Yayasan Pahang, KYP Education Sdn Bhd (KESB) dan UCYP Universiti telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Education Malaysia Global Services (EMGS) di Cyberjaya, Selangor. Lawatan ini merupakan langkah ke arah memperkukuhkan jalinan kerjasama yang lebih erat dalam konteks pendidikan global.

Delegasi dari Yayasan Pahang, KESB dan UCYP University, telah diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University; En Airulamri bin Amran, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang; dan Puan Norsazlina binti Che Ghazali, Pengurus Besar KYP Education Sdn. Bhd. Kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh pihak EMGS yang diwakili oleh En. Novie bin Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif EMGS; En. Tang Shyue Song, Lewis, Ketua Pegawai Pemasaran EMGS; En. Ramlan bin Abd. Aziz, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Pelajar Antarabangsa EMGS; dan Puan Rahimah binti Tan Sri Ibrahim, Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi, dan Penjenamaan EMGS.

Melalui kunjungan hormat ini, UCYP University berhasrat memperkukuhkan kerjasama sedia ada dengan EMGS supaya mampu bergerak lebih maju dalam inisiatif pendidikan global. UCYP University dan EMGS komited untuk membina jalinan kerjasama yang kukuh dalam mempromosikan keunggulan dan relevansi industri pendidikan.

Dalam UCYP University terus menempa nama di peringkat global, kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan khususnya EMGS, memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlihatan antarabangsa universiti dan memupuk persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar. Selain itu, UCYP University diharapkan dapat menjadi pilihan utama bagi pelajar antarabangsa yang ingin meneruskan pendidikan mereka di Malaysia.

Kesimpulannya, kunjungan hormat ini merupakan titik penting dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama antara UCYP University dan EMGS. Penghargaan juga didedikasikan kepada Yayasan Pahang atas sokongan tanpa henti dalam terus memperkukuhkan pendidikan tinggi. Melalui usaha-usaha bersepadu dan pemahaman bersama, harapannya adalah agar inisiatif-inisiatif ini menyumbang kepada perkembangunan pendidikan global.

[vc_single_image image=”23483″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23486″ img_size=”full”]

Perbincangan Strategik bagi Kerjasama Pendidikan di Peringkat Antarabangsa

[vc_single_image image=”23489″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23492″ img_size=”full”]

Pertukaran Cenderamata antara UCYP University dan EMGS