UCYP University Perkukuh Kerjasama TVET Malaysia–China Menerusi Akademi Rel Pahang di Persidangan Bersejarah
UCYP University terus mengangkat peranan Malaysia di persada antarabangsa dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui penyertaan strategik dalam Persidangan Sulung Perikatan Pendidikan-Industri TVET China–Malaysia (CMTIEA) yang berlangsung pada 18–19 Disember 2025 di Liuzhou, China.
Mewakili universiti, Profesor Madya Dr. Tan Li Pin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), menghadiri persidangan tersebut pada 19 Disember 2025 di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC). Persidangan ini menandakan pelancaran rasmi CMTIEA, sebuah platform dua hala yang diwujudkan bagi memperkukuh integrasi industri–pendidikan dan pembangunan kemahiran dalam menyokong projek infrastruktur serta pembuatan berskala besar antara Malaysia dan China.
Perikatan ini memberi tumpuan kepada penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi, pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran, khususnya dalam sektor strategik seperti kejuruteraan rel, sistem pengangkutan dan pembuatan maju.
Dalam lawatan yang sama, Profesor Madya Dr. Tan Li Pin turut bertemu dengan kumpulan pertama pelajar Akademi Rel Pahang UCYP University yang sedang menjalani latihan teknikal di LRVTC di bawah Program Latihan Kemahiran Industri – ECRL (PLKI-ECRL) melalui kerjasama strategik bersama Malaysian Rail Link Sdn. Bhd. (MRL).
Para pelajar menerima tajaan daripada Yayasan Pahang serta MRL, dan selepas tamat latihan, mereka akan diserap ke dalam industri di bawah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diselia oleh MRL. Inisiatif ini mencerminkan pendekatan menyeluruh latihan-ke-pekerjaan yang memberi impak langsung kepada pembangunan modal insan negara.
Melalui Akademi Rel Pahang dan penglibatan aktif dalam rangkaian TVET antarabangsa, UCYP University terus memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat industri yang kompeten serta memperkukuh kerjasama strategik global.
Sejajar dengan aspirasi institusi, UCYP University kekal komited menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat) melalui pembangunan bakat berimpak tinggi, kolaborasi industri dan kerjasama antarabangsa yang mampan.
UCYP University Elevates Malaysia–China TVET Collaboration Through Pahang Rail Academy at Landmark Alliance Conference
UCYP University has strengthened its international Technical and Vocational Education and Training (TVET) footprint through active participation in the Inaugural Conference of the China–Malaysia TVET Industry-Education Alliance (CMTIEA), held from 18–19 December 2025 in Liuzhou, China.
Representing the university, Associate Professor Dr. Tan Li Pin, Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation), attended the conference on 19 December 2025 at Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC). The event marked the official launch of CMTIEA, a strategic bilateral platform established to enhance industry–education integration and skills development in support of major infrastructure and manufacturing initiatives between Malaysia and China.
The Alliance aims to promote workforce readiness, technology transfer, and institutional collaboration, particularly in high-impact sectors such as rail engineering, transportation systems, and advanced manufacturing.
During the same visit, Associate Professor Dr. Tan Li Pin met with the first cohort of students from UCYP University’s Pahang Rail Academy currently undergoing specialised training at LRVTC under the ECRL Industrial Skills Training Programme (PLKI-ECRL). The programme is implemented through a strategic collaboration with Malaysian Rail Link Sdn. Bhd. (MRL).
The students are sponsored by Yayasan Pahang and MRL, and upon completion of their training, will be employed under the East Coast Rail Link (ECRL) project supervised by MRL— demonstrating a clear training-to-employment pathway aligned with national infrastructure priorities.
Through the Pahang Rail Academy and international TVET engagement, UCYP University continues to play a pivotal role in developing industry-ready talent while strengthening global academic–industry partnerships.
UCYP University remains committed to advancing the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 4 (Quality Education), SDG 8 (Decent Work and Economic Growth), SDG 9 (Industry, Innovation and Infrastructure) and SDG 17 (Partnerships for the Goals) through skills development, industry collaboration, and impactful international cooperation.
UCYP University at the China–Malaysia TVET Industry-Education Alliance Conference
Dr. Tan Li Pin with the first batch of Pahang Rail Academy students at LRVTC
Representatives from Malaysian educational institutions
