Pada 14 Februari 2025, UCYP Versatility Excellence Award 2025 (VE Award 2025) mencipta sejarah apabila dianjurkan buat pertama kalinya untuk mengiktiraf mahasiswa UCYP University yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan insaniah. Bertempat di Auditorium, UCYP University, acara ini menyaksikan penyertaan daripada enam kelab dan persatuan serta 18 mahasiswa, yang menunjukkan pencapaian luar biasa dalam kepimpinan, sukan, seni, dan khidmat komuniti.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University, serta Puan Norsazlina binti Che Ghazali, Pengurus Besar KYP Education Sdn. Bhd., yang turut meraikan pencapaian mahasiswa. Anugerah ini tidak hanya mengiktiraf kecemerlangan pelajar tetapi juga menggalakkan budaya kecemerlangan dalam komuniti universiti.

Sebanyak 10 anugerah dipertandingkan, antaranya Outstanding Club & Society Award yang dimenangi oleh Persatuan Pembimbing Rakan Siswa (PERSISWA) dan Synergy Team Award yang diterima oleh Kumpulan Tarian Dansa Kirana. Sementara itu, Soon Lip Kian dan Nur Ariffah Qystina Norazmi masing-masing dinobatkan sebagai Victorious Sports Icon bagi kategori lelaki dan wanita.

Dalam bidang seni dan budaya, Amirun Akmal Hazeeq Mohd Nazri dan Husna Hazwani Ruzman diiktiraf sebagai Creative Arts & Culture Icon, manakala Tuan Nurhan Syafiy Tuan Nor Azham Shah dan Nur Aisyah Athilah Amiruddin menerima anugerah Humanitarian Community Icon atas sumbangan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan.

Bagi kategori kepimpinan yang ditaja khas oleh Koridor Utiliti Pahang telah disandang oleh Mohamed Riedzman Ansara Suzairi dan Radhwa Nasuha Rusdan dinobatkan sebagai Aspire Leadership Icon, membuktikan kebolehan mereka sebagai pemimpin masa depan yang berwawasan.

Dalam meraikan kejayaan ini, pihak penganjur turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyokong sepenuhnya acara VE Award 2025 khususnya kepada penaja Emas yang terdiri daripada Koridor Utiliti Pahang, YH Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, Rangkaian Delima Sdn Bhd, YP Plantation Holdings Sdn Bhd, dan YP Land Sdn Bhd. Sokongan daripada penaja Perak iaitu Xtreme Techno, dan penaja Kathy Abu Cafe dan Puan Nadhila binti Zainudin amat dihargai. Pihak penganjur juga turut menerima sumbangan istimewa daripada Rezz Jaya Enterprise, Etiqa Family Takaful Berhad, dan Horizon Pewter N Craft.

Anugerah ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada seluruh mahasiswa UCYP University untuk terus aktif dalam pelbagai bidang dan membina keperibadian yang seimbang antara akademik dan kokurikulum. Tahniah kepada semua pemenang, dan semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan!

[vc_single_image image=”25431″ img_size=”full”]

Ucapan yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University (kiri) dan Pen. Prof. Dr. Mohamad Nizam Bin Yusof, Timb. Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti)

[vc_single_image image=”25434″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25437″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25440″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25443″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25446″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25449″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25452″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25455″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25458″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25461″ img_size=”full”]

Momen bersama penerima anugerah

[vc_single_image image=”25464″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25467″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25470″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25473″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25476″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25479″ img_size=”full”]