Yayasan Tuanku Canselor (YTC) UCYP telah menerima sumbangan zakat sebanyak RM 30,000.00 daripada Bank Rakyat Malaysia dan RM 5,000.00 daripada Yayasan Pahang Plantation Holding (YPPH).

Sumbangan tersebut merupakan sumbangan pertama yang dilakukan oleh badan korporat berkenaan sebagai tanda sokongan dan tanggungjawab sosial kepada mahasiswa UCYP serta penubuhan YTC tersebut.

Menurut Pengarah Yayasan Tuanku Canselor UCYP, Ustaz Ahmad Fared Mohd Din, YTC dan UCYP sangat berbesar hati menerima sumbangan berkenaan yang bakal memberikan manfaat kepada semua mahasiswa dibawah kumpulan KYP Education Sdn. Bhd (KESB) antaranya termasuklah UCYP, KYP smart tahfiz serta pelajar-pelajar Orang Asli dibawah Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA) .

YTC ini merupakan hasil cetusan idea Tuanku Canselor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dalam satu  Istiadat Konvokesyen Pemasyhuran Tuanku Canselor dan Konvokesyen UCYP Mac 2018.

“YTC UCYP kini akan bergerak aktif bagi mendapatkan dana dan kami sangat mengalu-alukan penglibatan semua agensi yang ingin memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi sama-sama membantu merealisasikan impian mahasiswa untuk melanjutkan pelajaran”.

Ahmad Fared turut memaklumkan bahawa kesemua sumbangan dan dana ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan kebajikan dan pembangunan mahasiswa di bawah kumpulan KESB.

“Objektif  penubuhan YTC ini juga dilihat mampu meningkatkan akses serta kualiti pendidikan pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan.”- tambahnya lagi

Dengan tertubuhnya YTC ia dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada peningkatan modal insan yang kompeten, seimbang dan berdaya saing seterusnya memacu kejayaan.

Sumbangan boleh disalurkan ke Yayasan Tuanku Canselor UCYP 11-113-201189-1 (Bank Rakyat).

[vc_single_image image=”11043″ img_size=”full”]

Pertemuan ringkas antara Pengarah Yayasan Tuanku Canselor UCYP, En. Ahmad Fared Mohd Din dan Pengurus Pembangunan dan Kesedaran Syariah Bank Rakyat, Mohd Hanafiah Mohd Nawawi.

[vc_single_image image=”11046″ img_size=”full”]

Perbincangan tentang kemudahan sumbangan endowment di dalam aplikasi PahangGo antara bersama En. Affandi Isa , Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo serta En. Mohd Zharif A Rahim. Aplikasi ini bakal memudahkan individu dan organisasi untuk membuat sumbangan terus ke dalam tabung Yayasan Tuanku Canselor UCYP.