13 Oktober 2022 – University College of Yayasan Pahang (UCYP) melalui pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Hubungan Industri) dengan kerjasama TalentCorp Malaysia telah berjaya mengadakan program motivasi bagi pembentukan jati diri para mahasiswa di UCYP. Seramai 150 orang pelajar daripada Fakulti Pengurusan, Fakulti Sains, Kejuruteraan dan Agroteknologi, Fakulti Seni Kreatif, dan Institut Tamadun Islam Antarabangsa hadir bagi sesi perkongsian tersebut.

 

Program ini merupakan salah satu rangka tindakan untuk meningkatkan kemahiran kebolehpasaran graduan dengan kerjasama strategik industri dan kolaborator akademik. Program ini juga berfokuskan penyelesaian untuk meningkatkan kesedaran, memupuk kebijaksanaan dalam pemikiran dan tindakan; serta  memperkasakan pelajar untuk merangka hala tuju ke arah masa depan dan alam pekerjaan yang menguntungkan.

 

Perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Binti Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP juga merupakan salah seorang penggerak Women Agenda Council of Experts, TalentCorp Malaysia adalah paling dinantikan. Melalui tajuk “Breaking Barriers and Challenging Norms” beliau memberi gambaran kepada peserta dalam meningkatkan dan membangunkan keyakinan serta mencungkil bakat dan potensi diri para pelajar. Selain itu, pengurusan kewangan melalui perniagaan turut diperkenalkan kepada pelajar.

 

Di samping itu, turut didatangkan tiga (3) sesi perkongsian bersama pihak TalentCorp Malaysia antaranya perkongsian daripada Encik Nazaruddin Abdullah, Founder & Chief Elevating Officer, Elevate for Impact, Cik Nurul Ashiqin Shamsuri, Founder of Clue to the Zoo & Project Fearless dan Cik Siti Hajar Mohd Badrol, Eksekutif TalentCorp.

 

Diharapkan gandingan UCYP dan TalentCorp Malaysia ini dapat membantu mencungkil dan mengenalpasti keupayaan diri para pelajar UCYP dengan cara yang lebih efektif. Seterusnya, mampu membuktikan kepada para pelajar mengenai kepentingan penguasaan komunikasi yang baik dalam meningkatkan keyakinan diri serta persediaan sebelum menghadirkan diri ke alam pekerjaan.

 

Ditulis oleh: Nabihah Najwa Binti Noordin

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”18895″]
[vc_single_image image=”18898″]

Perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Binti Mohd Nur

Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP

Member of Women Agenda Council of Experts, TalentCorp Malaysia

[vc_single_image image=”18901″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18904″]

Sesi Ceramah yang disampaikan oleh  Cik Nurul Ashiqin Shamsuri

Founder of Clue to the Zoo & Project Fearless

TalentCorp Malaysia

[vc_single_image image=”18910″]
[vc_single_image image=”18907″]
[vc_single_image image=”18913″]
[vc_single_image image=”18916″]
[vc_single_image image=”18919″]
[vc_single_image image=”18922″]

Sekitar Program YES! Wo + Men

Young Employable Student for Young Women and Men